TERBUKTI
sunnah Rasulullah s.a.w jika diamalkan pasti membawa manfaat dalam kehidupan
seharian. Antara
amalan yang terbukti hasil kajian saintifik moden ialah kebaikan bersiwak.
Pakar
sains kesehatan moden termasuk dari barat mengakui amalan bersiwak paling
baik dalam memantapkan kualitas kesehatan diri.
Kajian
dilakukan sekumpulan pakar jantung di Veterans General Hospital, Taipei, Taiwan
yang diketuai Emily Chen berjaya menyingkap rahsia kebaikan membersihkan gigi.
Dr
Chen berkata, membersihkan plak pada gigi secara rutin adalah satu cara
mencegah serangan strok dan penyakit jantung.
Kajian
itu merumuskan, sekiranya terdapat jangkitan pada gigi, keadaan itu boleh
memudaratkan seseorang dan meningkatkan resiko diserang penyakit jantung.
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Siwak dapat membersihkan mulut dan membuat Tuhan senang.”
(Hadis riwayat Bukhari dari Aisyah).
Begitulah
hebatnya Rasulullah sehingga isu pemeliharaan dan penjagaan kesehatan diambil
berat terhadap umatnya.
Dalam
hadis lain, Rasulullah bersabda: “Kalaulah tidak memberatkan bagi umatku, maka
aku akan menyuruh mereka untuk bersiwak setiap kali ingin mendirikan solat.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).
Imam
Abu Daud, Muslim dan an-Nasai meriwayatkan ayah Miqdam bin Syarih ada
mengatakan, yang dia bertanya kepada Aisyah, apakah yang dilakukan
Rasulullah pertama sekali jika memasuki rumah: Jawab Aisyah, “Bersugi
(bersiwak)”.
Malah,
semasa menjalani ibadah puasa Rasulullah sering bersiwak. Ini adalah sunnah
yang bukan saja mendapat pahala, malah mendatangkan manfaat besar untuk kesehatan.
Imam
Ahmad melaporkan berkenaan kerapnya Rasulullah bersiwak walaupun dalam keadaan
berpuasa. Daripada Ibnu Amir bin Rabi’ah, “Saya melihat Rasulullah berulangkali
bersiwak dalam keadaan berpuasa tidak dapat saya hitung dan terkesan.”
Ketika
berpuasa, mikrobakteria cepat membiak di dalam mulut seseorang. Sebenarnya
dalam mulut manusia terdapat cairan ludah yang melekat di bagian atas dan gigi. Keadaan
itu akan menghasilkan satu lapisan yang sangat halus sehingga mikrobakteria
melekat dengan cepat sekali. Oleh karena itu, bagian atas dan gigi sangat perlu
di sikat setiap hari.
Mulut
dan gigi adalah kurnia Allah yang diciptakan khusus bagi kemudahan hamba-Nya
dalam sistem pencernaan.
Rasulullah bersabda: “Bersiwaklah sisa-sisa makanan antara gigi-gigi karena
(membersihkan sisa-sisa makanan semacam itu) termasuk kebersihan dan kebersihan
itu membawa kepada iman dan iman itu bersama-sama pemiliknya di syurga.” (Hadis
riwayat at-Tabrani)
Antara
Kelebihan Bersiwak (Bersikat gigi) ialah:
1.
Sabda Rasulullah SAW: “Dua
rakaat sembahyang dengan bersikat gigi itu terlebih baik pahalanya daripada
tujuh puluh rakaat sembahyang dengan tidak bersikat gigi.” [Riwayat Muslim]
2.
Meningkatkan kecerdasan
3.
Menyehatkan mata
4.
Memperlambat uban
5.
Menambah pahala
Makin banyak makin baik ya gan :D hehehe,,,
BalasHapusinsyaAllah jika di lakukan, manfaat nya kembali ke agan sendiri,... :)
BalasHapus