Saidina Ali ra berkata: “saya dengan
Fatimah menghadap Rasulullah SAW, kami dapati baginda sedang menangis, lalu
kami berkata kepadanya, ‘Apakah yang menyebabkan ayahanda menangis, ya Rasulullah?”.
Baginda menjawab: “Pada malam aku di isra’kan hingga kelangit, di sana aku
melihat perempuan-perempuan dalam keadaan azab yang amat dahsyat, dengan itu aku menangis bila
mengenangkan azab yang diterima oleh mereka.” Ali bertanya: “Apakah yang
ayahanda lihat di sana?” Rasulullah SAW bersabda:
- Aku melihat ada perempuan digantung rambutnya, otak kepalanya menggelegak.
- Aku melihat perempuan yang digantung lidahnya dan tangannya dikat kebelakang dan iqthran (timah cair yang panas) dicurah ke dalam tekaknya. Aku melihat perempuan tergantung kedua kakinya dengan terikat, tanganny terikat keubun-ubunnya, dan aku lihat perempuan memakan tali perutnya sendiri.
- Aku melihat perempuan yang telinganya pekak dan matanya buta, diisikan ke dalam peti yang diperbuat dari api neraka, otaknya keluar daripada lubang, badannya berbau busuk kerana berpenyakit sopak dan kusta.
- Aku melihat erempuan yang kepalanya seperti babi, badannya seperti himar, beribu-ribu kesengsaraannya yang dihadapi. Aku lihat perempuan yang rupanya seperti anjing,kala dan ular masuk ke kemaluannya atau mulutnya atau kelepasannya. Malaikat memukulnya dengan curung api neraka.
Sebab-sebab wanita masuk neraka
·
Tidak
menutup aurat
Fatimah pun berdiri dan bertanya
kepada ayahnya, “Ayahanda yang dikasihi, apakah kesalahan yang dilakukan oleh
perempuan-perempuan itu?”, Rasulullah menjawab: “Fatimah, adapun
perempuan-perenpuan yang digantung rambutnya itu ialah perempuan yang tidak
menutup auratnya daripada yang bukan muhrimnya. Perempuan yang tergantung lidahnya
ialah perempuan yang menggunakan lidahnya untuk memaki dan menyakiti hati
suaminya.”
·
Keluar
rumah tanpa izin suami, berhias bukan untuk suami
“Perempuan yang digantung tubuh mereka
ialah yang menyusukan anak orang lain dengan tidak mendapat keizinan suaminya.
Perempuan yang kedua kakinya tergantung ialah perempuan yang keluar dari
rumahnya tanpa keizinan suaminya dan perempuan yang tidak mahu bersuci daripada
haid dan nipas. Perempuan yang memakan dirinya sendiri itu ialah kerana mereka
berhias untuk lelaki yang bukan suaminya dan suka mengumpat orang”.
·
Pengumpat
dan pendusta, Tidak mandi janabat
“Perempuan yang memotong badannya
sendiri dengan gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kepada
orang lain.”
“Perempuan yang diikat kedua kaki dan
tangannya ke atas ubun-ubunnya, ialah kerana ia boleh sembahyang tetapi tidak
mengerjakannya, dan tidak mahu mandi janabah”
“Perempuan yang kepalanya seperti babi
dan badannya seperti himar ialah ahli pengumpat dan pendusta. Perempuan yang
berupa seperti anjing ialah perempuan yang suka buat fitnah dan membenci
suaminya.”
·
Menyakiti
hati suami
“Perempuan yang menyakiti hati
suaminya dengan lidahnya, pada hari Qiamat nanti Allah jadikan lidahnya
sepanjang tujuh puluh hasta, kemudian diikat ke belakang tengkuknya.”
Sementara itu Saidina Abu Bakar
As-Siddiq menyatakan: ”Aku mendengar Rasulullah bersabda: “Perempuan yang
menggunakan lidahnya untuk menyakiti hati suaminya, ia akan mendapat laknat dan
kemurkaan Allah, laknat para malaikat dan laknat oleh manusia.”
·
Tidak
bersyukur kepada suami
Usamah bin Zaid meriwayatkan bahawa
Rasulullah SAW bersabda: “Seseorang perempuan itu, apabila ia mengerjakan
sembahyang lima waktu, dan berpuasa dalam bulan Ramadhan, dan memelihara
kehormatannya dan taat setia kepada suaminya, masuklah ia ke dalam syurga dari
mana jua pintu syurga yang ia kehendaki.”
Rasulullah SAW Sabda:
Selain dari itu, ahli neraka diperintah masuk
kedalam neraka, dan aku telah berdiri menghadap Rasulullah SAW seraya bertanya:
“Ya Rasulullah, kebanyakkan orang yang masuk kedalamnya ialah perempuan.
‘Rasulullah SAW menjawab: ‘Kebanyakan penghuni neraka itu adalah perempuan
kerana perempuan gemar sekali mengkufurkan suaminya. Seberapa banyakpun nikmat
yang telah diperolehinya, dia masih belum rasa puas hati dan cukup sehingga
terus merayu suaminya untuk mendapatkan harta yang banyak.” [Hadits Shahih,
Riwayat Muslim dalam Ash Shahih (7/103-104 bersama Syarah Nawawi)
0 komentar:
Jangan lupa tinggalkan komentar anda disini dan gunakan kata-kata yang baik dalam berkomentar
dan saya menolak debat kusir
terima kasih